Terima Kasih Atas Kunjungan
Data Enrolmen Murid Tahun 2016
| Tahun | Melayu | Cina | Lain-lain | Jumlah | Jumlah Besar | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| L | P | L | P | L | P | L | P | ||
| Tahun 1 | 0 | 0 | 7 | 8 | 0 | 1 | 7 | 9 | 16 |
| Tahun 2 | 0 | 1 | 5 | 5 | 1 | 1 | 6 | 7 | 13 |
| Tahun 3 | 0 | 1 | 6 | 9 | 0 | 1 | 6 | 11 | 17 |
| Tahun 4 | 1 | 2 | 5 | 5 | 0 | 1 | 6 | 8 | 14 |
| Tahun 5 | 0 | 1 | 4 | 3 | 0 | 0 | 4 | 4 | 8 |
| Tahun 6 | 0 | 1 | 4 | 3 | 1 | 1 | 5 | 5 | 10 |
| Jumlah | 1 | 6 | 31 | 33 | 2 | 5 | 34 | 44 | 78 |
20.1.15
Selamat Datang Guru Besar Baru
20.01.2015 - Pada hari Selasa lalu SJKC Sin Chone telah menerima seorang Guru Besar baru. Warga SJKC Sin Chone mengucapkan Selamat Datang kepada En. Leong Mun Keat yang sebelum ini merupakan Penolong Kanan Ko Kurikulum SJKC Kuang, Rawang Selangor menggantikan Pn. Tan Sow Hwa yang bertukar ke SJKC Tshing Nian, Pelabuhan Klang, Selangor. Tahniah di atas kenaikan pangkat dan pelantikan ini. Selamat Datang dan selamat menjalankan tugas baru di SJKC Sin Chone.
7.12.14
12.8.14
Kata-Kata Semangat Untuk Calon Peperiksaan UPSR
Tak lama lagi peperiksaan UPSR akan bermula.Hanya tinggal lebih kurang 26 hari lagi masanya akan tiba.Dorongan Kata Semangat Sebelum Peperiksaan dapat meningkatkan Motivasi Diri agar melakukan yang terbaik dalam sesuatu ujian dan terus berusaha dalam pelajaran. Kata-kata hikmah merangsang keyakinan diri dan meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan. Dorongan ini sesuai untuk calon peperiksaan dan pelajar sebagai Persediaan Akhir Peperiksaan UPSR agar lebih tenang di hari-hari terakhir sebelum menduduki peperiksaan atau ujian.
1. Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.
2. I cannot fail.
3. If i never try, I’ll never know.
4. Today is not a good day to give up.
5. If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.
6. Life is either a daring adventure or nothing.
7. Every artist was first an amateur.
Setiap Tokoh Terhebat pada asalnya, hanya insan biasa. Jelas, sesiapa sahaja boleh menjadi sehabat tokoh lagenda di dunia ini. Mungkin dia, saya atau anda.
1. Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.
Kadang-kadang kita sering putus asa dan tidak yakin pada diri sendiri.
Bertenang dan Ingat kata-kata ini, jika kita telah melakukan yang
terbaik, di samping tawakal dan redha jika diuji dengan kegagalan, maka
bersedialah untuk satu kejayaan yang luarbiasa dan mengejutkan.
2. I cannot fail.
Dalam melakukan sesuatu kita harus yakin kita akan berjaya. Kalau kita
yakin 100% akan berjaya, maka kita pasti akan menjayakannya.
3. If i never try, I’ll never know.
Usah ragu-ragu jika berdepan dengan sesuatu peluang. Jangan ragu-ragu
untuk mencubanya. Apa saja hasilnya, yang pasti ia tindakan yang tepat.
Smaada kejayaan atau kegagalan, bukannya perkara utama, kerana
pengalaman itu merupakan pelajaran yang lebih beharga dari
segala-galanya. Ia tidak dapat dijual beli dan pengalaman itu yang
mendewasakan kita.
4. Today is not a good day to give up.
Selalu berfikiran positif. Yakin bahawa hari ini merupakan hari bertuah
dan ia bukan hari yang sesuai untuk mengalah. Menurut kata-kata nasihat
Tokoh yang berjaya. Jalan menuju kejayaan, bukan untuk orang yang mudah
mengalah.
5. If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.
Orang-orang berjaya di dunia ini, pada awalnya bermula dengan satu
harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha untuk
membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian mnjadi
realiti.
6. Life is either a daring adventure or nothing.
Bukankah hidup adalah cabaran yang memerlukan keberanian, jika bukan ia tidak dinamakan kehidupan.
7. Every artist was first an amateur.
Setiap Tokoh Terhebat pada asalnya, hanya insan biasa. Jelas, sesiapa sahaja boleh menjadi sehabat tokoh lagenda di dunia ini. Mungkin dia, saya atau anda.
11.8.14
Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2014
10.08.2014- Satu taklimat berkenaan PPPM secara dalaman telah diadakan di Bilik Komputer SJK(C) Sin Chone dengan jayanya pada petang semalam. Terima kasih diucapkan kepada semua guru SJKC Sin Chone yang telah memberi komitmen kerana menghadirkan diri sepanjang taklimat itu berlangsung.
11.6.14
Subscribe to:
Posts (Atom)











