Terima Kasih Atas Kunjungan



Salam Sejahtera Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pelajar sekalian ke laman ini. Laman ini diwujudkan untuk memberi informasi termudah secara online kepada masyarakat umum tentang perkembangan terkini sekolah. Memandangkan kurangnya masa yang terluang di kalangan ibu bapa untuk hadir ke sekolah, maka pihak sekolah telah mewujudkan satu laman web supaya pelbagai informasi berkenaan sekolah ini boleh dipamerkan secara khusus di internet.Semoga SJK(C) Sin Chone akan Cemerlang. Gemilang dan Terbilang



Data Enrolmen Murid Tahun 2016


Tahun
Melayu
Cina
Lain-lainJumlahJumlah Besar
LPLPLPLP
Tahun 1007801
7916
Tahun 20155116713
Tahun 301690161117
Tahun 41255016814
Tahun 501
4300448
Tahun 60143115510
Jumlah16313325344478

30.1.12

Majlis Perpisahan Cikgu Yeo

31 Jan 2012 - Satu majlis perpisahan Cikgu Yeo Hooi Woon telah diadakan di Dewan Terbuka SJKC Sin Chone pada jam 12.30 tengahari tadi. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama lebih kurang 3 tahun bermula 2009 sehingga sekarang. Beliau telah ditukarkan ke SK Sultan Omar. Semoga beliau terus berjaya di sekolah baru. Terima kasih di atas segala sumbangan beliau di sekolah ini.

24.1.12

Sambutan Tahun Baru Cina 2012

Baru-baru ini satu majlis Sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan di Dewan Terbuka SJKC Sin Chone. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Mewarna (Tahun 1 & 2),Pertandingan Mereka Kad Raya (Tahun 3)dan Pertandingan Kaligrafi BC (Tahun 4,5 dan 6) serta Pertandingan Menyanyi bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Aktiviti ini disambut setiap tahun sebelum cuti Tahun Baru Cina.