Terima Kasih Atas Kunjungan



Salam Sejahtera Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pelajar sekalian ke laman ini. Laman ini diwujudkan untuk memberi informasi termudah secara online kepada masyarakat umum tentang perkembangan terkini sekolah. Memandangkan kurangnya masa yang terluang di kalangan ibu bapa untuk hadir ke sekolah, maka pihak sekolah telah mewujudkan satu laman web supaya pelbagai informasi berkenaan sekolah ini boleh dipamerkan secara khusus di internet.Semoga SJK(C) Sin Chone akan Cemerlang. Gemilang dan Terbilang



Data Enrolmen Murid Tahun 2016


Tahun
Melayu
Cina
Lain-lainJumlahJumlah Besar
LPLPLPLP
Tahun 1007801
7916
Tahun 20155116713
Tahun 301690161117
Tahun 41255016814
Tahun 501
4300448
Tahun 60143115510
Jumlah16313325344478

14.8.16

Program PIBG

Pada 24 Jun yang lalu, satu Program Gabungan PIBG SJKC Se Terengganu telah diadakan bertempat di Kolam Air Panas La, Jerteh . Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan diatur oleh pihak penganjur .


Perkhemahan Badan Beruniform 2016


Pada 30.05.2016 satu perkhemahan agung badan beruniform telah diadakan dan telah menjadi satu program tahunan sekolah. Perkhemahan ini diadakan di kawasan sekolah dan terdapat banyak aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Murid yang terlibat adalah dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Program perkhemahan pada tahun ini telah menunjukkan bahawa Yew Bao Shu sebagai Peserta Terbaik Lelaki manakala Swee Ho Yan pula merupakan Peserta Terbaik Perempuan. Tahniah kepada kedua - dua peserta tersebut.






Pengagihan Coco Crunch

 Pada 25.04.2016 yang lepas kunjungan daripada pihak Nestle ke sekolah telah mengagihkan Coco Crunch untuk semua murid dan guru. Pengagihan makanan atau minuman  daripada pihak Nestle telah dijalankan setiap tahun di SJKC Sin Chone. Warga sekolah berasa sangat gembira dan berterima kasih dengan pengagihan tersebut.





Karnival BI 14.04.2016

Berlangsung pada 14.04.2016 bertempat di SK  Gong Pasir, Dungun.







10.8.16

Pertandingan Bahasa Melayu

Pada 31 Mac yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu pertandingan Bahasa Melayu yang bertujuan untuk mencungkil bakat murid yang terpendam dan dapat meningkatkan penghayatan bahasa melayu di kalangan murid. Pertandingan ini merupakan salah satu program yang wajib dalam perancangan sekolah. Tahniah diucapkan kepada pemenang dalam pertandingan ini.





Program Anti Dadah

Program Anti Dadah telah dijalankan pada 16 Mac yang lalu. Seorang anggota polis, ASP Cheng dari Unit Anti Dadah IPD Dungun telah dijemput oleh pihak sekolah bagi menyampaikan ceramah berkenaan dadah ini. Program ini disambut baik oleh ibubapa dan PIBG yang turut serta dalam mendengar ceramah tersebut.