Terima Kasih Atas Kunjungan



Salam Sejahtera Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pelajar sekalian ke laman ini. Laman ini diwujudkan untuk memberi informasi termudah secara online kepada masyarakat umum tentang perkembangan terkini sekolah. Memandangkan kurangnya masa yang terluang di kalangan ibu bapa untuk hadir ke sekolah, maka pihak sekolah telah mewujudkan satu laman web supaya pelbagai informasi berkenaan sekolah ini boleh dipamerkan secara khusus di internet.Semoga SJK(C) Sin Chone akan Cemerlang. Gemilang dan Terbilang



Data Enrolmen Murid Tahun 2016


Tahun
Melayu
Cina
Lain-lainJumlahJumlah Besar
LPLPLPLP
Tahun 1007801
7916
Tahun 20155116713
Tahun 301690161117
Tahun 41255016814
Tahun 501
4300448
Tahun 60143115510
Jumlah16313325344478

17.7.10

Merentas Desa






Seluruh warga SJK ( C ) Sin Chone memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan majlis merentas desa ini.Majlis ini dapat mewujudkan semangat kesukanan.
Terima kasih kepada semua ahli PIBG, guru, ibu bapa serta bekas pelajar SJK ( C ) Sin Chone kerana menjayakan kejohanan ini. 

8.5.10

Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Piala Perpaduan SJK ( C ) & SJK ( T ) Peringkat Negeri Terengganu Kali Ke-28 Tahun 2010

       SJK ( C ) Sin Chone telah mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Piala Perpaduan SJK ( C ) & SJK ( T ) Peringkat Negeri Terengganu bagi ketegori SKM. Pertandingan ini telah diadakan pada 8 MEI 2010 bertempat di SJK ( C ) Chukai, Kemaman. 
       Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Eng Kim Chu, Cik Yeo Hooi Woon dan murid-murid yang terlibat.


Peserta Ujian Bertulis - Johan Kumpulan SKM
Dari Kiri : Tan Yu Qian, Low Shun Chin, Lem Cheng Ann, Soh May Ting & Chua Hui Lin ( Tiada dlm gambar )

Peserta Syarahan: Daniel Leong Shen Wie & Tan Zi Rui 

Tan Zi Rui ( Johan Perseorangan Kumpulan SKM )

5.5.10

Hari Guru Tahun 2010

Pengenalan Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Logo Hari Guru
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.




Tema Hari Guru Malaysia

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Lagu Tema Hari Guru Tahun 2010


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi





PERUTUSAN HARI GURU

26.4.10

Mesyuarat Agung PIBG 2010

26 April 2010 – Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-36 telah berjaya diadakan pada hari ini di Bilik Komputer SJK ( c ) Sin Chone. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Tan Lee Ngee .

Ucapan penghargaan dan terima kasih daripada PIBG kepada para ibu bapa dan guru yang memberikan komitmen yang berterusan dan dapat hadir pada mesyuarat tersebut. Semoga segala perancangan dan program yang diatur akan mendapat kerjasama semua pihak.

25.3.10