Terima Kasih Atas Kunjungan
Data Enrolmen Murid Tahun 2016
Tahun | Melayu | Cina | Lain-lain | Jumlah | Jumlah Besar | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
L | P | L | P | L | P | L | P | ||
Tahun 1 | 0 | 0 | 7 | 8 | 0 | 1 | 7 | 9 | 16 |
Tahun 2 | 0 | 1 | 5 | 5 | 1 | 1 | 6 | 7 | 13 |
Tahun 3 | 0 | 1 | 6 | 9 | 0 | 1 | 6 | 11 | 17 |
Tahun 4 | 1 | 2 | 5 | 5 | 0 | 1 | 6 | 8 | 14 |
Tahun 5 | 0 | 1 | 4 | 3 | 0 | 0 | 4 | 4 | 8 |
Tahun 6 | 0 | 1 | 4 | 3 | 1 | 1 | 5 | 5 | 10 |
Jumlah | 1 | 6 | 31 | 33 | 2 | 5 | 34 | 44 | 78 |
27.8.16
14.8.16
Program PIBG
Pada 24 Jun yang lalu, satu Program Gabungan PIBG SJKC Se Terengganu telah diadakan bertempat di Kolam Air Panas La, Jerteh . Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan diatur oleh pihak penganjur .
Perkhemahan Badan Beruniform 2016
Pada 30.05.2016 satu perkhemahan agung badan beruniform telah diadakan dan telah menjadi satu program tahunan sekolah. Perkhemahan ini diadakan di kawasan sekolah dan terdapat banyak aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Murid yang terlibat adalah dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Program perkhemahan pada tahun ini telah menunjukkan bahawa Yew Bao Shu sebagai Peserta Terbaik Lelaki manakala Swee Ho Yan pula merupakan Peserta Terbaik Perempuan. Tahniah kepada kedua - dua peserta tersebut.
Pengagihan Coco Crunch
Pada 25.04.2016 yang lepas kunjungan daripada pihak Nestle ke sekolah telah mengagihkan Coco Crunch untuk semua murid dan guru. Pengagihan makanan atau minuman daripada pihak Nestle telah dijalankan setiap tahun di SJKC Sin Chone. Warga sekolah berasa sangat gembira dan berterima kasih dengan pengagihan tersebut.
10.8.16
Pertandingan Bahasa Melayu
Pada 31 Mac yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu pertandingan Bahasa Melayu yang bertujuan untuk mencungkil bakat murid yang terpendam dan dapat meningkatkan penghayatan bahasa melayu di kalangan murid. Pertandingan ini merupakan salah satu program yang wajib dalam perancangan sekolah. Tahniah diucapkan kepada pemenang dalam pertandingan ini.
Program Anti Dadah
Program Anti Dadah telah dijalankan pada 16 Mac yang lalu. Seorang anggota polis, ASP Cheng dari Unit Anti Dadah IPD Dungun telah dijemput oleh pihak sekolah bagi menyampaikan ceramah berkenaan dadah ini. Program ini disambut baik oleh ibubapa dan PIBG yang turut serta dalam mendengar ceramah tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)